Thursday 20 October 2011

11 - AHLUL BAIT RASULULLAH (أهل البيت)


Lebih indah lebih merdu,
Dari suara kuda pacuan,
Dari gemercing pedang serdadu,
Bertetak tak tentu lawan dan kawan,


     Dari semua keindahan yang ada,
     Yang dapat membuat mataku terkedip,
     Tak ada yang indah daripada,
     Mencintai Rasulullah S.A.W dan Ahlul Bait,


Jikalau dadaku mereka buka,
Pasti terdapat dua baris,
Tak ada penulis, tak ada pereka,
Terukir sendiri terguris,


     Pertama adil, kedua tauhid,
     Tertulis disebelah dadaku,
     Yang lain mencintai Ahlul Bait Rasulullah,
     Tergambar disebelah terpaku.

                                                      Asj-Sjafi'i.




Wahai Ahlul Bait Rasulullah,
Mencintai kamu diwajibkan ALLAH,
Tingkatmu agung sudah dijelaslah,
Dalam Al-Quran terdapat bahan.


     Siapa meninggalkan Salawat untukMu,
     Sembahyang tidak sah, begitu hukumnya,
     Tinggi kedudukan, tinggi drajatMu,
     Merupakan kurnia ALLAH semuanya.




Jika Ali serta Fatimah,
Dipuji orang dengan sanjungan,
Pasti ada orang amarah,
Menamakan Rafdhi dalam kenangan,


     Lalu kutanyai orang berbudi,
     Yang kuat imannya kepada ALLAH,
     Mencintai Fatimah bukan Rafdhi,
     Sebaliknya mencintai Rasulullah S.A.W,


Selawat Tuhan tidak terhingga,
Kepada Ahlul Bait serta salam,
Laknat Tuhan turun tangga,
Kepada Jahiliyah masa yang silam.



"Telah lama kusembunyikan,
Kini kujawab pertanyaanmu,
Yang bertanya seakan-akan,
Orang adjam ialah kamu.


     Kusembunyikan kecintaanku,
     Dalam bentuk putih bersih,
     Agar supaya ia sejahtera,
     Selamat dari tercela selisih".


Surah 33. Al-Ahzab - Ayat 33

[33]
Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada ALLAH dan RasulNYA. Sesungguhnya ALLAH (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

Tuesday 5 April 2011

10 - "HIKAYAT ISKANDAR ZULKARNAIN"


"Hikayat Iskandar Zulkarnain" ini sudah tidak asing lagi bagi orang-orang Melayu yang Beraja kerana nama Raja Iskandar Zulkarnain ini biasanya dihubungkan dengan nasab Raja-Raja Melayu.


"Sejarah Melayu" (Sulalatus Salatin) :-

"Ada pun nama kami dan bangsa kami bukan-nya daripada bangsa jin dan peri. Bahawa kami ini, bangsa manusia; asal kami daripada anak chuchu Raja Iskandar Zulkarnain, nasab kami daripada Raja Nusirwan, Raja Mashrik dan Magrib, dan panchar kami daripada Raja Sulaiman 'Alaihissalam dan nama Raja ini Bichitram Shah, dan nama sa-orang ini Nila Pahlawan, dan yang sa-orang ini Karna Pandita; dan pedang kami ini Churik Semandang Kini nama-nya, dan lembing kami ini Lembuara nama-nya, yang satu ini Chap Kayu Kempa nama-nya, dan apabila memberi surat pada Raja-Raja Chap ini-lah di-chapkan."


"De Hikayat Atjeh" :-

"Kata yang bercheritera : ada pun Seri Sultan Perkasa Alam Johan Berdaulat itu daripada pehak asal nasab baginda Raja yang mendapat Puteri anak beludari yang berdarah puteh yang raja ke-inderaan itu turun-temurun daripada nasab dan bangsa Raja Iskandar Zulkarnain; dan daripada asal nasab dan bangsa yang daripada Puteri beludari yang berdarah puteh dan Raja ke-inderaan daripada nasab dan bangsa Maha Bisnu yang Raja diRaja ke-inderaan. Kerana bahawa Dasarata Maharaja itu pada suatu zaman, mendapat perbundai Seri Rama bernama Puteri Mandudari pada perdu buloh betong dan bahawa moyang Seri Sultan Perkasa Alam bernama Raja Shah Muhammad pun pada suatu zaman mendapat Puteri anak beludari yang berdarah puteh yang Raja ke-inderaan pada perdu buloh betong jua."

"Bustanus Salatin" (Taman Segala Raja-Raja) :-

"Maka pada masa yang berbahagia dan pada ketika yang mulia, maka Paduka Seri Sultan Iskandar Thani Allauddin Ma'ayat Shah pun datanglah dari negeri Pahang ka-negeri Acheh Darul Islam. Tatkalaitu, ada-lah umor baginda tujoh tahun. Demi di-tilek Raja ISkandar Muda akan Sultan Allauddin Ma'ayat Shah, maka kelihatan-nya chahaya segala tanda kebahagiaan pada muka-nya dan segala sifat yang tiada terperi kepujian-nya. Maka di-ketahui Raja Iskandar Muda ada-lah dengan ilmu firasat-nya bahawasa-nya ia-lah Raja Al-durja yang turun-temurun dan ia-lah yang termashor nama-nya pada segala alam dan ia-lah anak chuchu Raja Iskandar Zulkarnain. Maka sa-harus-nya-lah ia ku-ambil akan anak-ku."







ASAL-USUL ISKANDAR ZULKARNAIN

Bismillahir-Rahmanir-Rahim
Wa billahi nasta’in (billahi alaihi)

HIKAYAT Sultan Iskandar Zulkarnain. Segala puji bagi ALLAH Tuhan segala alam yang amat kuasa pada berlakukan qodrat-nya yang qadim, dan yang menutupi segala kechelakaan hamba-nya, yang Maha Murah. Ia yang tiada dapat meliputi ia segala hajat maharaja, ia daripada akan oleh segala budi dan bichara dan puji dengan segala bagai-bagai bahasa. Ia yang di-harap oleh segala hamba–nya pada menghilangkan segala maha tinggi. Ia daripada diliputi hamba-nya segala sifat-nya yang ada dapat di-sifatkan. Ia dengan di-mana dan tiada dapat di-tentukan dengan pehak. Ia jua Tuhan yang menghidupkan segala tulang yang luloh lentak, dan ia juga yang mengetahui yang telah lalu dan yang akan datang. Kami puji ia bahawa-nya di-permulia-nya kami dengan segala bini kami dan segala kekaseh kami dan segala yang shahid dan salah lagi akan datang. Akhir kami akan kau jadikan.
............. 


RAJA ISKANDAR ZULKARNAIN DI-LAHIRKAN

KATA sahibul hikayat, sa-bermula anak Raja Rom Puteri Safiya Arqiya tiada pun selang dua bulan pada ayah-nya, maka ketahui-lah ia bahawa ia hamil. Maka sukachita-lah ayah-nya. Maka ujar-nya. “Hai anak-ku, terlalu bahagia-lah kau bahawa aku pun tiada beranak laki2 akan ganti kerajaan-ku. Pada sekarang ini, ada-lah oleh-nya dia di-anugerahkan ALLAH anak-mu akan naik kerajaan. Kemudian daripada aku – Insha’ ALLAH Ta’ala, apabila jadi anak-mu laki2, ku-katakan kapada segala negeri bahawa ia anak-ku daripada isteri-ku yang lain, supaya akan warith kebajikan kerajaan daripada aku”.
            Takdir ALLAH Ta’ala maka sa-telah genap-lah adat bulan-nya, maka jadi-lah dengan Tuan Puteri Safiya Arqiya laki-laki saperti bulan purnama laku-nya. Maka sukachita-lah Raja Qilas melihat dia. Sa-bermula Tuan Puteri Safiya Arqiya bernazar daripada sangat suka-nya akan semboh penyakit-nya. ‘ Apabila jadi anak-ku ini, ku-namai dengan nama daun kayu ubat-ku itu.’ Maka di-namai-nya anak-nya itu Iskandar. Maka Raja Qilas pun menyuroh menghias mahligai, bersuka2an dan menyuroh memalu segala bunyi2an dan mahshor-lah bahawa anak-nya laki2 jadi. Maka bersuka2an-lah segala ra’ayat itu ada-nya.
............. 


NABI KHIDIR MENYELAMATKAN RAJA ISKANDAR

Kata sahibul hikayat, maka ada-lah berapa lama-nya Raja Iskandar dalam pekerjaan yang sesat itu dengan takdir ALLAH, maka turun wahi kapada Nabi Khidir menyurohkan dia pergi kapada Raja Iskandar memberi dia tahu bahawa ALLAH Ta’ala menganugerahi dia kerajaan Mashrik, Maghrib, dan di-jalani-nya segala tempat yang tiada pernah di-jalani-nya oleh manusia dan bahawa ALLAH Ta’ala menaongi dia daripada seteru-nya. Maka pergi-lah Nabi Khidir kapada Raja Iskandar daripada pulau tempat-nya diam berbuat ibadat itu, dan berjalan ia di-atas laut saperti berjalan di-atas bumi. Sa-telah datang-lah kapada Raja Iskandar maka dudok ia diam semayam dengan ra’ayat-nya yang mengadap raja. Maka di-dengar-nya daripada mereka itu kata yang tiada berkenan kapada ALLAH. Maka sakit hati-nya mendengar dia, tiada dapat ia sabar menahani hati-nya.
.............  
(Petikan daripada Kitab Hikayat Iskandar Zulkarnain)










Raja Iskandar Zulkarnain

Menurut yang empunya cherita ia adalah anak kepada Raja Darab Rumi, Raja Qilas dan Raja Dawab Parsi. Suatu sumber yang lain pula mengatakan bahawa ia anak Raja Qilas dengan Tuan Puteri Safiya Arqiya. Nama Iskandar timbulnya dari nama daun kayu yang digunakan untuk mengubati penyakit Tuan Puteri Safiya Arqiya. Waktu berperang mempertahankan kerajaan-nya, saudara-nya Raja Dara telah terbunoh. Dalam menyibarkan ugama Islam ia di-bantu oelh Nabi Khidir A.S. Ia berhasil mengIslamkan seluroh negara dari Mashrik hingga ke Maghrib dan pada akhir pengembaraan-nya ia berkahwin dengan Puteri Noraini.




Raja Iskandar Zulkarnain yang dikisahkan didalam Al-Quran (Surah Al-Kahf ayat 83 - 98)

[83]
Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: “Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya”:  
[84]
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.  
[85]
Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).  
[86]
Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): “Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka”.  
[87]
Ia berkata: “Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.  
[88]
Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati”.  
[89]
Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.  
[90]
Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.  
[91]
Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.  
[92]
kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.  
[93]
Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.  
[94]
Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”  
[95]
Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.  
[96]
Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, ddia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”.  
[97]
Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.  
[98]
(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”. 

(Petikan terjemahan ayat Al-Quran ini diambil dari laman web http://www.alquran-melayu.com/)



Sunday 20 March 2011

09 - 13.01.10 - ALLAH TUHAN YANG SATU1I SYAHADAH SYAHID313 KITA


02
Sekali persetua ada seorang Raja Keinderaan Alam Indera Kayangan. Susur-galur salasilah Tuanku berketurunan kepada Bukit Seguntang; maka daripada kami cucu-cicit terpilih dengan pilihan ini telah menjadi Meka di Pulau Penjurit, Medjai di Pulau Besar, Megat di Pulau Sembilan9 pada akhir zaman kini.

2010/1431 Berlakunya dua kali gerhana ini dimana kedua-duanya jatuh pada hari Juma'at juga. Pada tarikh 15 Muharam bersamaan 1 Januari dalam bulan penuh mengambang dan 29 Muharam dalam bulan jatuh 15 Januari pula. Kedua-duanya gerhana bulan dan matahari ini berlaku dalam 1satu bulan sebagai petanda hari sudah hampir dekat perihal Ketuanan Melayu kita akhirnya.

Hatta,
Mari lah kita tidak bersilat Pulut
Silat Si Luncai dan Pak Pandir
Kerana di sini ada maruah
Yang di tanggung;
Di sini ada kewajipan
Yang di pikul;
Di Tanah Melayu Nusantara ini...

Wasiat dan amanah kepada yang sudi bersudi kepada kita untuk memikul beban panji hitam ufuk timur kini telah bermula di tanah-ranah keturunan megaT Panji Alam, megaT Kembar A'li dan megaT Alang DiLaut. Tugas kita amat lah berat di tanggung-penanggung...

Penanggung Ilmu Kalam berKalam nasab megaT-megaT di Bagan Dat0' MegaT Negeri Perak DR. Lalu kita berdayung-duyung dan berkayuh-sayuh ke Keramat di-Pulau Benteng Beras Basah; Negeri Perak Darul Ridzuan juga.
Tun Rosli & Roslan Hasnan di Kota Lama Kota DiRaja Kurang-Satu99 penjaga alat-alat kebesaran r0hsia-rahsia Kedaulatan MelayuIslam Melaka kini; 2010-2011.
Siap-Siaga Singgah SinggahLang kita...

(Petikan dari laman blog Ketuanan Melayu Sejagat 'KEMEGA' hasil penulisan Ajar-Ajar Pendita Megat Ainuddin Al-Asyura Bin Megat Mohd Nordin)

Monday 14 March 2011

08 - APABILA BUNYI PALUAN TABOH DILANGIT DAN DIBUMI BERSATU ....

Dan apabila taboh diatas dipalu bunyinya membelah langit,


Dan apabila taboh dibawah dipalu bunyinya menggegar bumi,




Maka terjagalah Hulubalang Hulubalang yang sedang tidur dari tapanya di seluruh pelusok alam ini,



Dengan melaung satu suara, satu seruan, satu kata kalimah yang berbunyi,




La ilaha illAllah (لا إله إلا الله) sehingga terbelah langit,
Muhammad da Rasulu-llah (محمد رسول الله) sehingga menggegar bumi,






Lalu mereka berkata !!!, 



Wahai Manusia dari golongan Manusia,
Wahai Jin dari golongan Jin,
Kami dahulukan diantara kamu dari golongan golongan Mu,
Yang mengkhianati AgamaMu yakni Islam,
Yang mengkhianati KitabMu yakni Al-quran,
Yang mengkhianati RasulMu yakni Muhammad SAW,


Maka akan kami habisi satu persatu di kalanganMu, 
sehingga menjadi debu-debu yang berterbangan hilang dari pandangan mata,



Maka bagi mereka yang ingin mencabar ALLAH,
maka bersiap siagalah kerana akan kami berikan kepada mereka,
bagaimana rasa apabila malam menjadi siang dan siang menjadi malam untuk mereka,




akan kami tunjukkan betapa besarnya kebesaran ALLAH pada pandangan mata mereka,
Sehingga mereka meminta memohon belas kasihan lalu sujud menyembah NYA yakni ALLAH SWT,



seraya berkata La ilaha ilAllah Muhammad da Rasulu-llah (لا إله إلا الله محمد رسول الله).

(Petikan dari Kitab Melayu Lama yang ditulis kembali oleh Tengku Panglima ..... Alauddin Saifullah)

(Makam Datok Dol Said (Abdul Said) di Taboh Naning)

Sunday 13 March 2011

07 - TOK KENALI



TOK KENALI atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf bin Ahmad (1868 – 1933) ialah seorang tokoh ‘Ulama’ Ulung, guru agama Islam yang agung, tokoh pembangun pemikiran umat Islam di dunia dan pencetus ilmu pengajian Islam di Malaysia dan Asia Tenggara khususnya, di awal abad ke-20. Beliau seorang Alim Rabbani yang dalam hidupnya banyak berpandukan kitab Suci Al-Quran disamping Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Beliau disebut juga sebagai seorang yang memilih hidup sederhana dan juga seorang Wali Keramat dan mendapat ilham daripada Allah dan Ilmu Laduni (Ilmu Kurniaan Ilahi tanpa belajar).
Tok Kenali wafat pada umurnya 65 tahun pada hari Ahad 19 November 1933M, berikutan suatu penyakit di kakinya. Pada hari tersebut tidak kurang daripada 2,500 orang datang menziarahinya dan jenazah beliau disembahyangkan lebih daripada 1,000 orang. Tok Kenali dimakamkan di tanah perkuburan yang sekarang dikenali dengan nama Kubur Tok Kenali yang terletak di kilometer 5 Jalan Pasir Puteh, Kota Bharu tidak jauh dari Istana Negeri Kelantan.
Tok Kenali bukan hanya terkenal sebagai salah seorang ulamak besar sahaja, malah terkenal pula sebagai tokoh yang mempunyai sifat-sifat utama yang berguna untuk menjadi teladan kepada masyarakat Islam. Antara sifat-sifat tersebut ialah:
  • Sangat menghormati dan memuliakan ibu
  • Pemurah, suka menderma terutamanya kepada fakir miskin dan anak-anak.
  • Seorang yang sabar, tidak lekas marah.
  • Suka berjalan kaki sahaja sebagai suatu langkah latihan melenyapkan perasaan sombong, bongkak dan megah.
  • Mengamalkan hidup berdikari dimana Beliau sendiri membeli di pasar.
  • Suka membaca dan menatap, baik buku-buku atau majalah-majalah di mana-mana sahaja beliau berada.
  • Suka beriktikaf di masjid, manakala tidur kerap berbantalkan lengan.
  • Pakaian beliau amatlah sederhana.

Sebenarnya Tok kenali ialah seorang “wali” atau seorang sufi disebabkan berlaku perkara luar biasa pada dirinya dan tidak inginkan kemegahan dan kesenangan hidup yang berlebihan. Tambahan pula Beliau senantiasa memandang makhluk-makhluk/hamba-hamba ALLAH yang lain dengan pandangan yang penuh bertimbang rasa dan belas kasihan.
Tidaklah menjadi keterlaluan jika dikatakan bahawa Tok Kenali adalah salah seorang tokoh ulama terkenal dan juga boleh dikatakan selagi wujudnya Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan maka selagi itulah Tok Kenali masih disebut dan dikenali orang.


Antara kata-kata hikmatnya:
“orang yang mulia itu ialah orang yang memuliakan ibunya” 
“mengkaji sendiri adalah punca kemajuan dalam pembelajaran”,
(Petikan dari laman Web Wikipedia)

06 - AKAL YANG BERAKAL


akal
adakah aku berakal
jika aku berakal
dimanakah akal ku
sewaktu aku sedang beradu,(tidur)

akal
sewaktu bangunnya aku
aku berasa hairan
apakah yang sedang berlaku
bagaimanakah perbuatanku
adakah seluruh anggota tubuhku bergerak tanpa aku mengunakan akal
seperti mana bayi bayi yang baru di lahirkan
sepanjang malam aku beradu

akal
jika aku mempunyai akal yang berakal
sudah tentu kutahu
segala kejadian di malam itu




akal
apakah akal yang berakal itu
adakah akal yang berakal itu adalah akal yang berilmu

akal
adakah akal diciptakan NYA untuk ilmu
atau ilmu itu diciptakan NYA untuk akal
jika akal itu diciptakan NYA untuk ilmu
kenapakah manusia yang tidak berakal itu tiada berilmu,(gila)


(Petikan dari kata-kata pencinta ALLAH Tuan Sheikh Muhammad Rosul Al-Ayubi)


JADI DIJADIKAN NYA MANUSIA YANG TIDAK BERAKAL ITU ADALAH SEMATA MATA SEBAGAI PETUNJUK KEPADA MANUSIA YANG BERAKAL SUPAYA MEREKA SEDAR YANG MEREKA MEMPUNYAI AKAL YANG NYATA, 
(BUKTI ALLAH MAHA PENYAYANG)

LALU DITURUNKAN NYA ILMU ILMU SUPAYA MANUSIA ITU MEMPUYAI AKAL YANG BERAKAL, 
(BUKTI ALLAH MAHA BIJAKSANA)



JADI JANGANLAH PULA SAMPAI AKAL YANG BERAKAL ITU MENYESATKAN KITA SENTIASALAH BERDOA AGAR KITA DI TUNJUKKAN NYA JALAN YANG LURUS
SEMULIA MULIA MANUSIA ITU KERANA AKAL YANG DIBERIKAN ALLAH KEPADANYA
JADI WAHAI TEMANKU JANGANLAH KITA MENGHINA MAHKLUK-MAHKLUK YANG DICIPTAKAN NYA TIDAK BERAKAL KERANA MEREKA SENTIASA DIJAGA OLEH ALLAH YANG MAHA BESAR JIKA KITA MENGHINANYA NESCAYA ALLAH AKAN MENARIK KEMBALI AKAL YANG BERAKAL ITU LALU KITA PULA YANG AKAN DIHINA.