Thursday, 10 March 2011

05 - KERIS SILAT MELAYU

Dimanakah Melayu?
Adakah Melayu itu Melayu?
Siapakah Melayu?


Jika kamu ingin mengetahui Dimanakah Melayu kenallah kamu akan Keris Taming Sari


Jika kamu ingin tahu Adakah Melayu itu Melayu pelajarilah kamu akan Ilmu Persilatan Melayu



Jika kamu ingin tahu Siapakah itu Melayu bertemulah kamu akan Datuk Hulubalang Laksamana Hang Tuah, kerana ia telah melafazkan kata-kata Keramat iaitu "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" maka hanya dia sahajalah yang mengetahui Siapakah Melayu yang sebenar-benarnya Melayu.



(Petikan dari kata-kata Tengku Panglima ..... Alauddin Saifullah)


.............

Setelah dilihat oleh Taming Sari seorang Melayu terdiri ditengah paseban itu dengan kerisnya sudah terhunus, maka Taming Sari pun segera berlari-lari serta ditikamnya akan Tun Tuah, serta katanya, "Siapa engkau maka terlintang dihadapanku ini?" maka Tun Tuah melompat menyalahkan tikam penjurit itu, seraya katanya, "Akulah Hulubalang Raja Melaka. Syahadan akulah yang bernama Laksamana, Hulubalang pada Tanah Melayu; dan engkau siapa?" "Akulah penjurit tua pada tanah Majapahit". Maka Tun Tuah pun melompat serta diparangnya dengan Keris panjangnya, kena tubuhnya rebah tersungkur, tiada lut. Maka Taming Sari pun berbangkit bangun berdiri serta ditikamnya dada Tun Tuah; dipertubi-tubinya.

.............

Maka Tun Tuah pun melompat kekanan dan kekiri menyalahkan tikam Taming Sari itu, seperti tiada berjejak di bumi lakunya. Maka Taming Sari pun telah ternganga-nganga seperti anjing lelah. Maka Tun Tuah pun melompat serta ditikamnya dada Taming Sari, serta katanya. "Cih, mati penjurit Taming Sari olehku!" maka ditikamnya, kena dadanya terus berbayang-bayang kebelakangnya. Maka Taming Sari pun rebah tersungkur, lalu mati.

(petikan dari Kitab Hikayat Hang Tuah)

Wednesday, 9 March 2011

04 - TUJUH'7' WASIAT KERAMAT RAJA-RAJA MELAYU


١  Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

٢  Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

٣  Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

٤  Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

٥  Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

٦  Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;

٧  Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).


(Wasiat Raja-raja Melayu merujuk kepada Tujuh'7' wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.)


03 - KHUTBAH TERAKHIR BAGINDA RASULLULLAH S.A.W

Wahai Manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.



Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. ALLAH telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, Sembahlah ALLAH, dirikanlah Solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulam Ramadan dan tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. Saksikanlah Ya ALLAH bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.


(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

Tuesday, 8 March 2011

02 - BILA KITA MENGENAL DIRI


ingat lah wahai teman satu perkara,
hidup ini hanyalah sementara,
bila sampai waktu dan ketika,
pulanglah kita ke alam baka,

dunia dicari tiadalah erti,
bagaikan hari silih berganti,
bila kita mengenal diri,
barulah hidup kekal abadi,

pesananku hanyalah satu,
beribadat lah kamu setiap waktu,
agar kita mendapat restu,
dari ALLAH YANG MAHA SATU
.



(Petikan dari kata-kata pencinta ALLAH Tuan Sheikh Muhammad Rosul Al-Ayubi)


Sunday, 6 March 2011

01 - TUAN TULIS (القلم)


Akhlak dan pekertinya sungguh indah dan mulia "laksana ibarat sebutir Manikam jika ianya jatuh kedalam lumpur sekali-pun tetap ianya bercahaya" kilau berkilauan lagi indahnya.


Tuan Tulis atau nama sebenarnya Haji Ismail Hussin merupakan penduduk kampung yang sangat alim. Beliau digelar sebagai Tuan Tulis kerana di mana-mana sahaja beliau akan menulis. Misalnya, jika beliau masuk ke hutan untuk mencari sumber rezeki, beliau gemar menulis kalimah ALLAH pada Batang Pokok, Daun dan Batu. Maka, beliau digelar Tuan Tulis oleh penduduk kampung. Malahan, beliau pernah menulis atau menyalin semula Al-Quran dari 1860 hingga 1963. 


Seorang Ulama yang Kasyaf lagi Salaf.


Ibarat kata pepatah lama :-

"Sungguh pun Putera Wali itu ibu segala penawar, tetapi kebanyakkan selera ialah hamba segala makanan"

(Sungguh pun segala pengajaran yang baik itu berguna, tetapi kebanyakkan orang tidak hendak menerimanya)