Keris Pusaka
Kisah Perihal Akan Besi
Sekiranya kita membicarakan tentang adat-resam dan kebudayaan Melayu seperti mana adat-istiadat Pertabalan dan kebesaran Raja-raja Melayu maka Keris merupakan salah satu elemen yang sangat terpenting sekali sehingga ianya tidak dapat diketepikan secara langsung akan peranannya didalam adat-istiadat budaya Melayu itu sendiri. Keris juga melambangkan keunggulan dan kewibawaan Melayu yang bukan sahaja sebagai senjata pada Ilmu Persilatan itu sendiri malah ianya juga meliputi kepada kuasa-kuasa ghaib, mistik dan magis. Banyak bahan-bahan cerita lisan dari orang-orang lama mahupun hikayat-hikayat ataupun kitab Melayu lama menceritakan akan perihal Keris. Pada abad ini Keris boleh diletakkan dalam beberapa kategori:
- Keris Semenanjung
- Keris Sumatera
- Keris Jawa
- Keris Bugis
- Keris Bali dan Madura
- Keris Sundang atau Sulu
- Keris Pekaka
Tak Melayu Kalau Tak BerKeris,
Ibarat
Tak Berketurunan Kalau Tak BerWaris,
Kerna
Diberi tanah habis digadaikannya,
Diberi duit nanti habis dijolinya pula,
Maka diberi Keris itu sebagai tanda keJantanan dan keMelayuannya,
Sebagai tanda untuk meneruskan perjuagan yang belum selesai,
Sebagai tanda memperingati kewujudan keturunannya,
Maka jadikanlah Keris sebagai tanda Pusaka kewujudan Melayu kepada anak cucu kita.
Ibarat
Tak Berketurunan Kalau Tak BerWaris,
Kerna
Diberi tanah habis digadaikannya,
Diberi duit nanti habis dijolinya pula,
Maka diberi Keris itu sebagai tanda keJantanan dan keMelayuannya,
Sebagai tanda untuk meneruskan perjuagan yang belum selesai,
Sebagai tanda memperingati kewujudan keturunannya,
Maka jadikanlah Keris sebagai tanda Pusaka kewujudan Melayu kepada anak cucu kita.
Kisah Perihal Akan Besi
Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
No comments:
Post a Comment