Dimanakah Melayu?
Adakah Melayu itu Melayu?
Siapakah Melayu?
Jika kamu ingin mengetahui Dimanakah Melayu kenallah kamu akan Keris Taming Sari
Jika kamu ingin tahu Adakah Melayu itu Melayu pelajarilah kamu akan Ilmu Persilatan Melayu
Jika kamu ingin tahu Siapakah itu Melayu bertemulah kamu akan Datuk Hulubalang Laksamana Hang Tuah, kerana ia telah melafazkan kata-kata Keramat iaitu "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" maka hanya dia sahajalah yang mengetahui Siapakah Melayu yang sebenar-benarnya Melayu.
(Petikan dari kata-kata Tengku Panglima ..... Alauddin Saifullah)
.............
Setelah dilihat oleh Taming Sari seorang Melayu terdiri ditengah paseban itu dengan kerisnya sudah terhunus, maka Taming Sari pun segera berlari-lari serta ditikamnya akan Tun Tuah, serta katanya, "Siapa engkau maka terlintang dihadapanku ini?" maka Tun Tuah melompat menyalahkan tikam penjurit itu, seraya katanya, "Akulah Hulubalang Raja Melaka. Syahadan akulah yang bernama Laksamana, Hulubalang pada Tanah Melayu; dan engkau siapa?" "Akulah penjurit tua pada tanah Majapahit". Maka Tun Tuah pun melompat serta diparangnya dengan Keris panjangnya, kena tubuhnya rebah tersungkur, tiada lut. Maka Taming Sari pun berbangkit bangun berdiri serta ditikamnya dada Tun Tuah; dipertubi-tubinya.
.............
Maka Tun Tuah pun melompat kekanan dan kekiri menyalahkan tikam Taming Sari itu, seperti tiada berjejak di bumi lakunya. Maka Taming Sari pun telah ternganga-nganga seperti anjing lelah. Maka Tun Tuah pun melompat serta ditikamnya dada Taming Sari, serta katanya. "Cih, mati penjurit Taming Sari olehku!" maka ditikamnya, kena dadanya terus berbayang-bayang kebelakangnya. Maka Taming Sari pun rebah tersungkur, lalu mati.
(petikan dari Kitab Hikayat Hang Tuah)
Wahai sang penghulu angin sampaiken ...trahku diatas segale trah sigentar alam...Sang Hulubalang tetep menjejak bumi melayu dan tetep menjage rumpun melayu..salamku 7 HULUBALANG BANGKA
ReplyDelete